Monday 28 March 2011

SeHARi Di MeSRa MaLL, DuNGUn, TEReNGgaNU

Sesampai di sana, terus berposing ngeh3x

Beberapa minggu yang lepas, aku bersama-sama housemate iaitu Shafiq, Cdin dan Amir serta Geng Jula Juli Bintang 4 iaitulah Una, Huda, Fiza dan Syud  telah melakukan lawatan sambil belajar ke Mesra Mall, Dungun, Terengganu..

Hikayat Merong Maha"suasa".


Inilah matlamat utama kepergian kami ke Mesra Mall. Untuk kelas sejarah hehehe... HMM membuatkan aku teruja untuk pergi walaupun perjalanannya amat jauh. Berbaloilah kata orang. Enjoy.. Walaupun banyak kemuskilan bertamu di fikiran ketika menonton filem ini. Agak banyak yang perlu diperbaiki oleh industri perfileman malaya. Terlalu banyak perkara yang boleh diungkitkan. Aku amatlah kecewa dengan hasilnya. Memang ada bahagian-bahagian yang membuatkan aku kagum tetapi kebanyakkan babak amat rapuh penciptaannya. Pelbagai persoalan bermain di benakku. Kekadang aku tergelak sendirian memikirkannya. Maaflah Yusri, bajet 16 juta itu agak besar untuk filem yang tidak nampak seperti 16 juta! Mmg CGI nampak gempak tetapi seperti karton pun ada gak. Babak pertempuran beramai-ramai mmg best tetapi apabila babak satu lawan satu, nampak sangat xreal. Plastik! Memang aku xleh trima. Sedangkan filem bajet yang lebih realistik, mengapa dalam HMM tidak? Why??? Then, masa Merong di ambang kekalahan sewaktu perlawanan yang pertama, aku tidaklah faham mengapa bala tentera Garuda yang ramai itu boleh kalah di tangan Merong keseorangan dengan hanyalah menara tinjau yang diperbuat daripada kayu itu jatuh dan mengenai semua tentera Garuda dan mati. Hanya Merong yang terselamat! Bohong gila!! Selepas itu, babak di mana Merong menggunakan cermin melawan pihak lawan. Idea di situ sudah bagus tetapi mengapakah alat itu 1 sahaja dan kecillah pula. Logikkah hanya dengan alat itu, tetera Garuda terbakar dan mati. kalau nak bohong pun, bohonglah betul2x. Haiya.. Yang terakhir (walaupun banyak lagi yang nk tulis), paling menimbulkan persoalan di fikiran aku ialah ke manakah Ching Ching, dayang puteri cina itu? Matikah? Bukankah dia hanya berlakon mati terkena panah? Setelah semuanya tamat, hanya Merong, puteri cina, putera rom dan yang lain-lain ditunjukkan. Ching Ching tak ada pun. HAHAHAHA lawak2x..


Overall, aku bagi B+ for the effort. Berusaha lagi ye Yusri dan KRU.


Bergambar sebelum wayang bermula...


cam artis..


4 dara pingitan...


4 teruna tang-tang...


pic terbaik hari itu...


pas tengok wayang, main bowling...
Atas permintaan Cdin yang mahukan keputusan rasmi pertandingan bowling peringkat lawatan, maka aku telah menyenaraikan kedudukan para peserta hari itu..

1. Cdin
2. Amir
3. Harisan
4. Shafiq
5.Huda
6.Syud
7.Una
8.Fiza(xnak main)


*Benci sesangat! masa time aku jer mesti pinball tu ade problem.. tu yang kalah tuh.(alasan jer kui3x)
Padahal sudah mendahului untuk beberapa ketika sob3x..
Bestnye main bowling..


Hari tu makan macam-macam..
Gula kapas, roti canai, ais kacang yang sedap, donut king yang lazat....
waaa sesangat best........


KAWAN2X, NAK GI AG LEH?????

Wednesday 23 March 2011

Secret Garden...

Inilah cerita yang baru sahaja aku selesai tonton. Jalan cerita yang memang menarik. Aku amat obses sehinggakan segala yang aku lakukan tidak menjadi hanyalah kerana teringat yang aku belum tengok habis lagi cerita ni dan nak habiskan secepat yang mungkin. Cerita yang amat menyentuh perasaan. Lakonan Hyun Bin memang toplah. Cuma sedikit terkejut dengan susuk tubuh dia yang terbaru. Kurus dan tinggi sikit berbanding dalam drama Snow Queen. Snow Queen merupakan salah satu cerita kesukaanku sepanjang zaman... Cewah hahaha


Happy ending.. Hmm memang puas hati lah. Cuma ada satu je yang aku rasa tak best sesangat. Part itu ialah part di mana konflik-konflik yang berlaku kepada Oska. meleret-leret dan membosankan. Kalaulah dikurangkan mungkin cerita ini akan lebih pantas dan menarik. Bukan pantas bermaksud untuk segera habis tetapi pantas untuk mengetahui perkembangan hubungan antara Kim Joo Won dan Gil Ra Im.


Sinopsis


Drama menceritakan tentang Kim Joo Won (Hyun Bin), seorang CEO sombong dan merupakan seseorang yang amt mementingkan kesempurnaan dan Gil Ra Im (Ha Ji Won), seorang pelakon lagak ngeri yang miskin dan rendah hati di mana mempunyai kecantikan dan bentuk tubuh badan yang membuatkan pelakon-pelakon top iri hati kepadanya.. Mereka menjadi rapat, ketika Joo Won tersalah anggap Ra Im ialah pelakon Park Chae Rin,menandakan awal dari suatu hubungan, pertengkaran tegang, dimana Joo Won cuba untuk menyembunyikan daya tarikan tumbuh Ra Im selalu mengelirukan dan mengganggu dia. Merumitkan masalah lagi, mereka bertukar tubuh di mana Joo Won menjadi Ra Im dan Ra Im menjadi Joo Woon.


Para pelakon



Hyun Bin as Kim Joo Won



Ha Ji Won as Gil Ra Im


Yoon Sang Hyun as Choi Woo Young/Oska (Joo Won’s cousin)


Kim Sa Rang as Yoon Seul


Rating

Episode Ratings



DateEpisodeNationwideSeoul
2010-11-13116.1 (2nd)16.5 (2nd)
2010-11-14215.0 (5th)15.6 (4th)
2010-11-20317.9 (2nd)18.9 (1st)
2010-11-21420.0 (3rd)20.8 (3rd)
2010-11-27525.4 (1st)26.3 (1st)
2010-11-28625.2 (3rd)25.6 (3rd)
2010-12-04724.2 (2nd)24.7 (1st)
2010-12-05824.6 (3rd)24.8 (2nd)
2010-12-11927.0 (1st)27.8 (1st)
2010-12-121028.0 (2nd)28.7 (2nd)
2010-12-181127.0 (1st)28.2 (1st)
2010-12-191228.2 (2nd)29.2 (2nd)
2010-12-251324.4 (2nd)25.0 (2nd)
2010-12-261426.5 (3rd)27.1 (2nd)
2011-01-011523.0 (1st)29.3 (1st)
2011-01-021623.9 (1st)29.9 (1st)
2011-01-081723.8 (1st)30.0 (1st)
2011-01-091827.4 (1st)34.1 (1st)
2011-01-151929.1 (1st)35.0 (1st)
2011-01-162031.4 (1st)38.6 (1st)
2011-01-22Special15.9 (4th)19.9 (4th)

Source: TNS Media Korea



*Hebat gila cerita ni, rating no 1 untuk beberapa episod terus... Waaaa love it..

Friday 18 March 2011

Jangan Pernah Untuk Berubah Sayangku...

Jangan Pernah Berubah

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya




"Kebelakangan nie aku suka sangat kat lagu ST12 nie. Harapan dalam hati tu, mmg nak si dia setia dan percaya akan cinta ini. Biarpun xdapat bersama tuk setiap waktu tetapi ingatlah kau slalu di hatiku."
Miss you!!!
Sangat2x.. namun harus ada kesabaran kerna kau slalu ada untukku. itulah kepercayaanku terhadapmu. harapnya kau juga begitu..

"dikala sepi hari2xku tiadalah lain selain dirimu diingatanku.."

Tuesday 15 March 2011

My girlfriend is a gumino..... 5 stars


Wow, best giler citer nih. ak sarankan yang mana2x xtgk lagi My girlfriend is a gumiho supaya tgklah cite nie. xrugi best sgt2x.

synopsisnye..


My Girlfriend is Gumiho. 
Gumiho ialah seekor serigala jadian berekor 9 yang menjadi legenda atau hikayat2x lama itu Korea dan biasanya Gumiho ini merupakan seorang perempuan cantik.

cerita ini mengisahkan tentang Cha Tae Woong(Lee Seung Gi) seorang pelajar di sekolah aksi yang sifatnya ini amat sangat keanak-anakan dan bercita-cita untuk menjadi seorang superhero. Suatu hari si Tae Woong ini tidak sengaja membebaskan seekor Gumiho(Shin Min Ah) dengan melukis 9 ekor di lukisan lama yg terdapat di sebuah kuil lama dengan ancaman daripada gumiho.. jadi Gumiho pun terbebaslah dari kurungan itu..




comelnyeeeeeee.... masa mrah nie.



Selepas itu, kerana terlalu terkejut, Cha Tae Woong berlari dan terjatuh ke dalam gaung lalu cedera parah. Gumiho terasa terkenang budi lalu menyelamatkan Tea Woong dengan memberikannya bead(xtaw dlm melayunye hihi). dan Tae Woong pun selamat. Oleh kerana itu, Gumiho harus mengikuti Tae Woong kemana sahaja kerana "bead" itu ada pada dia. Gumiho tidak boleh hidup tanpa "bead" dan Tae Woong memerlukannya untuk sembuh.. Dan dari sinilah semuanya bermula dan berlakulah kisah-kisah yang membuatkan kita tersenyum sendiri malah menitiskan air mata tanpa disedari...




My Girlfriend is a Gumiho. say HOI-HOI!!HOI-HOI!!

                                                                                Lee Seunggi   Shin Mina 

     Bantal paha lembu , marker merah, hadiah banner, 'panah cinta',semua yang lucu! haha
neomu,neomu,neomu,neomu,neomu,neomu chua!!^_^

                                                                               Noh MinWoo
                                Pemburu serigala jadian yang seksi


Hoi-Hoi!!Hoi-Hoi!!

aahh....cerita nih buat aku nk tersenyum je sepanjang hari. waa nape r ade 16 episod jew....haha..^_^

Friday 11 March 2011

Tsunami di Jepun 11 March 2011

TERKEJUT!!
itulah perasaan yang aku rasa bila on9 petang td.
Tsunami di Jepun pada 8.9 skala r. dan mengakibatkan ombak setinggi 1o meter.
Bayangkan..

Hanya mampu berdoa semoga semuanya selamat.




Rumah terbakar yang dihanyutkan tsumai berdekatan lapangan terbang Sendai, Jepun.
Rumah terbakar dihanyutkan ke laut selepas tsunami dan gempa bumi di Kota Natori, timur laut Jepun.
Kenderaan dan kapal terbang dihanyutkan arus tsunami berhampiran Lapangan Terbang Sendai Airport, timur laut Jepun.
Rumah dan kereta dihanyutkan arus tsunami di bandar Kesennuma
Rumah² dihanyutkan oleh air laut selepas tsunami dan gempa bumi di Natori Bandar, timur laut Jepun.

Perahu nelayan dan kenderaan dibawa oleh gelombang tsunami di pelabuhan Onahama di bandar Iwaki, di wilayah Fukushima, utara Jepun.
Tsunami besar melanda pesisir pantai Iwanuma, Wilayah Miyagi, timur laut Jepun.
Kombinasi gambar² yang menunjukkan kereta dan kontena disapu oleh gelombang tsunami di pelabuhan Miyako.

Tsunami besar melanda pesisir pantai Iwanuma, Wilayah Miyagi, timur laut Jepun.
Rumah dan bangunan terbakar selepas gempa bumi melanda bandar Yamada, Iwate, timur laut Jepun pada 11 Mac 2011.

Sebuah pusaran air terbentuk berdekatan Kota Oarai, timur laut Jepun.

Tsunami memusnahkan kenderaan dan rumah di kota Kesennuma di Wilayah Miyagi, utara Jepun pada tarikh 11 Mac 2011.
Lapangan Terbang Sendai dibanjiri air laut selepas tsunami dan gempa bumi di Sendai, timur laut Jepun.
Kelihatan beberapa rumah masih lagi terbakar selepas terjadinya gempa bumi dan tsunami di bandar Natori, Wilayah Miyagi , timur laut Jepun.
Sebuah kilang runtuh di bandar Sukagawa, Wilayah Fukushima, Utara Jepun pada 11 Mac 2011.